Lima pingat emas adalah realistik untuk diraih skuad catur negara dalam Sukan Para ASEAN 2017 berdasarkan pencapaian terbaik mereka, iaitu sembilan emas dalam temasya sama di Kuala Lumpur pada 2009.
Skuad negara tidak berasa keterlaluan meletakkan sasaran itu sekalipun hanya meraih dua pingat perak dan dua gangsa dalam Sukan Para ASEAN di Singapura dua tahun lalu.
Sembilan pingat emas yang pernah diraih pada 2009 menjadi faktor yang mendorong kepada sasaran itu walaupun separuh daripada 25 atlet adalah muka baru.
Ketua jurulatih, Prof. Dr Nasrul Muhaimin Kohamood, percaya anak buahnya mampu menghadirkan kejayaan buat Malaysia meskipun dia sendiri baru kali pertama menggalas tugas sebagai pengendali dalam temasya ini.
"Menjadi tuan rumah adalah kelebihan kepada kita. Jadi kali ini, kita lengkapkan tiga pemain pada setiap kategori yang dipertandingkan," katanya.
Siti Safura Jaafar yang membuat penampilan kali pertama dalam Sukan Para ASEAN enggan mensia-siakan peluang itu selepas dua kali percubaannya beraksi dalam temasya itu sejak 2013 tidak kesampaian atas faktor masalah keluarga.
"Alhamdullillah, saya mempunyai lebih masa beberapa tahun untuk membuat persediaan. Sebelum ini, memang ada beberapa masalah di pihak saya, termasuk masalah keluarga dan kesihatan.
"Tetapi saya anggapnya sebagai cabaran dalam kehidupan. Saya harap dapat melakukan yang terbaik untuk temasya kali ini," katanya.
Secara keseluruhan, acara catur yang berlangsung dari 18 hingga 22 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menawarkan 24 pingat emas.