"Saya ingin mencipta satu lagi pasukan bertaraf dunia," kata Pengasas Bersama Selangor Red Giants (SRG), Simon Lim, selepas meninggalkan Sang Gergasi Merah.
Ini kerana dia mahu membina pasukan baru, All Combo (AC) Esports, sebagai pengasas bersama pasukan francais dari China itu bagi musim baru MPLMY.
Advertisement
Simon berkata penghijrahannya ke AC Esports adalah untuk mewujudkan satu lagi pasukan negara yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa, sekali gus mengiringi SRG dalam kejohanan-kejohanan elit.
"Saya nampak apabila saya bersama SRG, kami sudah empat kali jadi juara MPLMY," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Jadi saya nampak macam sudah tiada cabaran dan mahu mencabar diri saya untuk membuka satu pasukan baru, buat jadi satu pasukan yang kuat dan kemudian boleh pergi ke peringkat antarabagsa.
"Kerana Malaysia ketika ini hanya mengharapkan SRG sahaja tetapi kita ada dua slot.
"Jadi kalau boleh, saya mahu ada satu pasukan lagi yang sama kuat seperti SRG agar dapat membanggakan Malaysia."