Skip to main content

Bola Sepak

Terima kasih atas segalanya, anda semua sentiasa dengan saya -- Gabriel Palmero

Gabriel Palmero

Pertahanan Kuching City, Gabriel Palmero, memberikan ucapan khas buat penyokong pasukan itu, meskipun tidak dapat lagi mewakili mereka sehingga penggantungannya tamat pada September depan.

Palmero akan kembali menjalani penggantungan 12 bulan atas dakwaan pemalsuan dokumen selepas rayuannya di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) ditolak baru-baru ini.

Advertisement

Biarpun hanya dapat beraksi tiga perlawanan dan menjaringkan satu gol buat The Cats, pemain berusia 24 tahun itu memberikan gambaran bahawa dia mungkin akan kembali ke Bandar Kuching.

"Terima kasih atas segalanya. Sejak saya mula bermain (bersama Kuching City), saya rasa selesa dan ia satu pengalaman yang bagus.

"Saya ucapkan selamat berjaya buat pasukan ini dan semua penyokong. Anda semua sentiasa bersama saya," katanya dalam sepotong video yang dimuat naik Kuching City.

 

Must Watch Video