Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, juga mengesahkan Program Pembangunan Bolasepak Nasional (NFDP) masih belum diserahkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Taufiq menjelaskan ia masih di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam meneliti struktur program serta dana yang sesuai untuk meneruskan kelangsungan program tersebut.
Advertisement
"Kami masih berbincang dan meneliti. MSN akan terus meneliti dan memastikan program berjalan dengan baik. Yang penting bola sepak kita terus maju.
"Kami akan ambil langkah terbaik, setakat ini belum lagi (diserahkan)," katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, turut mengesahkan bahawa mereka masih mengawal sepenuhnya pelaksanaan program bersama FAM selaku rakan taktikal.
Makluman lanjut kepada perkembangan program tersebut sudah dipersetujui bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk dibincangkan dengan lebih terperici selepas Aidilfitri.
"Ia tidak menjadi isu yang besar, kami masih melaksanakannya dengan kaedah dan formula sama.
"Yang penting program berjalan dengan lancar. Dan dengan pelantikan Datuk Ong Kim Swee, dia telah buat pelbagai perubahan daripada segi struktur dan DNA permainan. Ia satu perubahan perubahan yang positif," katanya pula.