Skip to main content

Berita Sukan Am

SNBJ kini bergelar TM Stadium Nasional

SNBJ kini bergelar TM Stadium Nasional

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) membuat kejutan apabila mengumumkan kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi dua stadium paling ikonik negara – Stadium Nasional dan Stadium Putra.

Kerjasama ini selama tiga tahun dianggap sebagai langkah strategik memastikan kedua-dua venue terus relevan, selesa dan berdaya saing sebagai lokasi utama acara sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa.

Advertisement

Berkuat kuasa 6 Mac 2026, Stadium Nasional akan dinamakan semula sebagai TM Stadium Nasional, manakala Stadium Putra kini dikenali sebagai Unifi Arena.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, En. Iliyas Jamil, berkata, “Kerjasama hak penamaan ini adalah inisiatif untuk memperkukuh kelestarian dan pembangunan jangka panjang kedua-dua stadium. Dana hasil kerjasama akan disalurkan untuk menaik taraf kemudahan stadium, memberikan pengalaman lebih hebat dan selesa kepada para pengunjung.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Encik Amar Huzaimi Md Deris, menyatakan, “Kami amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk memegang hak penamaan venue nasional ini. Stadium Nasional dan Stadium Putra bukan sahaja tempat penganjuran acara, tetapi simbol kebanggaan negara. Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat terus menyatukan masyarakat dan menyemarakkan semangat kebangsaan untuk generasi akan datang.”

Stadium Nasional dan Stadium Putra bukan sekadar lokasi sukan – ia adalah saksi kepada detik bersejarah, sorakan rakyat Malaysia, dan tempat lahirnya semangat juang negara. Dengan penjenamaan baharu ini, kedua-dua stadium dijangka menjadi destinasi pilihan untuk acara sukan dan hiburan berskala besar, menarik lebih ramai peminat dari dalam dan luar negara.

Topik Berkaitan

Must Watch Video