Kelebihan menguji venue memanah di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, lebih awal memberi kelebihan yang besar untuk keseluruhan skuad memanah Paralimpik negara memahami rintangan angin di kawasan itu sebagai persiapan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari 17 hingga 23 September ini.
Skuad Paralimpik negara sudah menjalani latihan di venue Sukan Para ASEAN di MSN sejak 4 September lalu.
Dua hari lalu, mereka juga menjalankan kejohanan simulasi untuk mempersiapkan kesemua pemanah menghadapi suasana ketika hari saingan sebenar.
Halangan utama atlet memanah Paralimpik negara kini adalah memahami bacaan angin yang dilihat kurang menentu di kawasan MSN Bukit Jalil.
"Kami mendedahkan mereka dengan suasana sebenar apabila akan beraksi di depan penyokong dan layar gergasi, kami mahu mereka menyesuaikan diri," kata jurulatih memanah Paralimpik negara, Marzuki Zakaria.
Barisan pemanah recurve negara bertekad untuk membutirkan kilauan emas selepas dua tahun lalu berputih mata tidak mampu untuk meraih pingat.
Sebaliknya, satu emas, dua perak dan satu gangsa diraih dalam Sukan Para ASEAN Singapura 2015, kesemuanya hasil daripada sumbangan daripada skuad compound.
"Selepas berlatih selama seminggu, kami sudah dapat membaca keadaan angin yang datang dari pelbagai arah.
"Kami perlu cepat menyesuaikan diri," kata pemanah Paralimpik recurve negara, Hasihin Sanawi.
Kesempatan berlatih di venue sebenar turut dimanfaatkan seorang lagi atlet recurve negara, Ahmad Jafry Jamaluddin.
"Dalam masa yang singkat ini, kami boleh meningkatkan aspek seperti kekuatan mental," katanya.