Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, menyatakan keterujaannya terhadap basikal WX-R yang dinaik taraf menerusi proses penyelidikan dan pembangunan oleh Institut Sukan Negara (ISN).
Beasley menganggap basikal WX-R sebagai jentera terbaik yang mampu memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus, dan Nurul Izzah Izzati.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli, juga yakin usaha yang dijalankan oleh pihaknya akan membantu melonjakkan prestasi atlet negara di Olimpik Paris 2024.
Menurut Faedzal, ISN sentiasa berusaha ke arah inovasi teknologi sukan untuk memastikan para atlet Malaysia mendapat kelengkapan terbaik.
"Semasa Olimpik Tokyo 2020, kita memperkenalkan projek WX-R Vortex. Kali ini, selain dari projek basikal, kami juga hadir dengan beberapa inovasi baharu, termasuk untuk atlet memanah.
"Saya percaya budaya inovasi dalam sukan ini perlu diteruskan, dan kami di ISN percaya ikhtiar ini untuk atlet kita lakukan yang paling terbaik," kata Faedzal.