Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, terkejut dengan pemilihan saat-saat akhir ke Sukan Komanwel Gold Coast tapi dalam masa sama lega kerana dia sudah pun membuat persediaan awal sejak hujung tahun lalu.
Tidak menyangka dia diberikan peluang untuk beraksi buat kali pertama dalam temasya itu, Zaidatul mengakui teruja dengan peluang diberikan.
Dia, bagaimanapun, tidak terbuai dengan kelonggaran latihan selepas tamat saingan sepanjang 2017, sebaliknya meneruskan sesi latihan seperti biasa demi mengekalkan prestasi dan momentum lariannya.
"Saya sudah bersedia kerana bimbang perkara seperti ini akan berlaku.
"Atlet perlu bersedia lebih awal, tidak kira layak atau tidak. Yang penting, kami bekerja keras melakukan persiapan," ujarnya.
Dengan catatan terbaik peribadi 11.45 saat bagi acara 100 meter yang dilakukan di Afrika Selatan, Mac lalu, Zaidatul mengharapkan permulaannya bagi 2018 di Gold Coast nanti memberi petanda lebih baik.
"Sudah tentu penyertaan atlet dalam Sukan Komanwel bukanlah sekadar suka-suka, setidak-tidaknya kami mahu mengatasi catatan terbaik peribadi.
"Saya hanya perlu bekerja keras," katanya lagi.
Zaidatul bersama atlet lompat bergalah, Chuah Yu Tian, adalah antara wakil wanita yang mengisi 12 slot ke Sukan Komanwel.