Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Zainal Abas, menegaskan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah pun membentangkan senarai 18 nama untuk menggalas cabaran dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
Namun, Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memuktamadkan hanya 12 nama, dengan menetapkan Nauraj Singh Randhawa sebagai wakil terbaik bagi lompat tinggi, yang secara tidak langsung menolak nama Lee Hup Wei.
Mengulas mengenai pengguran Hup Wei ke temasya sukan itu, Zainal berkata: "Itu kena tanya MOM sebab di peringkat kami, kami (hanya) bentangkan cadangan.
"Kami mengemukakan 18 nama kepada MOM berdasarkan kriteria dan prestasi semasa. (Sebaliknya) yang diterima 12 nama. Jadi, alasannya perlu tanya MOM."
Jelas Zainal, KOM tiada perancangan untuk membuat sebarang rayuan, namun Hup Wei masih kekal dalam skuad negara bagi kejohanan lain, terutama Sukan Asia pada Ogos depan.
"Kalau mengikut had kelayakan yang dicadangkan, ia tidak diterima MOM untuk disenaraikan dalam Sukan Komanwel. Pun begitu, namanya tetap ada dalam Sukan Asia," katanya lagi.
Jaguh lompat tinggi berusia 31 tahun itu hari ini meluahkan rasa tidak puas hati selepas tidak tersenarai ke Sukan Komanwel walaupun melepasi had kelayakan catatan terbaik musim lalu, 2.24m.