Peluang jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, April depan kembali menyala apabila Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) setuju mengemukakan rayuan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam masa terdekat.
Semalam, Hup Wei melahirkan rasa tidak puas hati berikutan tidak tersenarai dalam temasya di Gold Coast itu walaupun melepasi had kelayakan dengan catatan terbaik musim lalu, 2.24 meter.
"Kami sudah memaklumkan kepada Hup Wei, cuma dia perlu mempertahan dan memperbaiki catatannya dalam pertandingan sebelum tarikh pemilihan terakhir ditutup," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Dia dituntut mempamerkan peningkatan ketika meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekali gus melepasi had kelayakan 2.20m.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo, menggesa agar KOM tidak lagi melengahkan langkah berkenaan dengan menjelaskan: "Mereka boleh buat rayuan dan berbincang dengan kami mengenai pertukaran terbabit.
"Ia perlu dibuat secepat mungkin kerana seperti diberitahu, kami akan tutup pendaftaran ini pada akhir bulan ini kecuali berlakunya situasi tidak dijangka."