Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, menegaskan saingan Liga Hoki Wanita (LHW) musim ini menjadi medan tunggal buat pemain merebut 26 slot dalam skuad negara bagi saingan 2018 kerana pemilihan seterusnya hanya akan dilakukan pada 2019.
Dhaarma menegaskan LHW yang sedang rancak ketika ini bukan sekadar penyeri jadual 2018, sebaliknya peluang terakhir untuk menyarung jersi negara terletak kepada prestasi dalam saingan kali ini.
Dhaarma memerlukan muka baru untuk diketengahkan selepas barisan yang bersaing dalam Piala Asia di Kakamigahara, Jepun, tahun lalu gagal mencapai keputusan memberangsangkan sehingga menuntut rombakan dilakukan.
"Kalau pemain yang sedia ada tidak menonjol dalam liga, mungkin tempat mereka akan diambil pemain lain.
"Sebab itulah kami mengingatkan pemain agar sentiasa mempamerkan aksi di tahap terbaik," ujarnya.
Begitupun, masih terlalu awal untuk Dhaarma mengambil risiko menamakan barisan barunya bagi menghadapi Sukan Komanwel pada April nanti.
Apatah lagi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa senarai akhir 18 pemain ke temasya di Gold Coast itu perlu diberikan selewat-lewatnya awal bulan depan.
"Pemain perlu faham bahawa pemilihan sedang dijalankan.
"Kali ini, walaupun mempunyai senarai 26 pemain, senarai 18 pemain awal mungkin akan dihantar terus," kata Dhaarma lagi.