Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, kini hanya selangkah untuk mendapat lampu hijau daripada Insititut Sukan Negara (ISN) bagi mengesahkan kedudukannya dalam senarai atlet ke Sukan Komanwel di Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.
Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How, sebelum ini enggan mengambil risiko menyenaraikan pemain itu yang baru pulih daripada kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) untuk beraksi di Gold Coast, sebaliknya hanya fokus untuk ke Sukan Asia Jakarta, Ogos depan.
Bagaimanapun, Wee Wern yang sudah setahun melakukan proses pemulihan kini hanya perlu menjalani ujian kecergasan terakhir daripada ISN selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi mengesahkan peluangnya beraksi April nanti.
"Saya sepatutnya boleh memberikan komitmen untuk ke Sukan Komanwel. Tinggal dua bulan lebih untuk berlatih bagi temasya sukan itu dan saya rasa ia suasana yang baik untuk saya sebab sudah lama
saya tidak bermain dalam kejohanan besar.
"Ia juga persiapan yang baik untuk saya ke Sukan Asia kerana ia adalah sasaran besar untuk saya," ujarnya.
Tambah Wee Wern, dia enggan terlalu memikirkan risiko berdepan kecederaan sekali lagi andai beraksi dalam Sukan Komanwel.
"Saya selalu bimbangkan kecederaan, tidak kira kejohanan mana. Risiko tetap ada tetapi disebabkan ranking, saya tidak ada peluang untuk bermain dengan pemain terbaik dunia.
"Jadi, saya berpeluang untuk bertemu mereka dalam Sukan Komanwel nanti," katanya lagi.