Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, dan atlet lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, menjadi sandaran utama menyumbang pingat daripada senarai 12 atlet yang akan membawa cabaran negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Secara dasarnya, tiada sebarang pingat disandarkan kepada kontinjen olahraga menjelang temasya dari 4 hingga 15 April itu.
Pengalaman dua atlet negara, Hakimi dan Nauraj, yang bakal membuat kemunculan kali kedua menyalakan harapan akan adanya pingat tanpa mengira warna daripada mereka di Gold Coast nanti.
Ditambah dengan kredibiliti selaku atlet Program Podium menguatkan lagi harapan untuk melihat Malaysia berjaya menaiki podium selepas kali terakhir sukan olahraga menyumbang pingat menerusi Yuan Yufang dalam edisi Manchester 2002.
"Walaupun kami tidak meletakkan sebarang pingat terhadap kontinjen olahraga, kami mengharapkan persembahan terbaik daripada setiap atlet.
"Sebagai contoh, lompat kijang dan lompat jauh mempunyai catatan yang mungkin mampu mara ke final atau prospek medal," kata chef-de-mission (CDM) Sukan Komanwel negara, Huang Ying How, yang memenuhi jadual bertemu atlet olahraga di trek Majlis Sukan Negara (MSN), pagi tadi, bagi mendapatkan perkembangan terkini persediaan 12 wakil yang akan ke Gold Coast.
"Jangan lupa, selepas mencatat persembahan yang baik, empat bulan kemudian mereka akan beraksi dalam Sukan Asia.
"Ini satu persiapan yang penting untuk atlet kita," katanya lagi.
Nauraj kini memegang status rekod terbaik lompat tinggi negara dengan catatan 2.30 meter ketika menjuarai Terbuka Singapura, April lalu.
Dalam Sukan Komanwel 2014, peserta Kanada, Derek Drouin, merakamkan lompatan setinggi 2.31m untuk ditabalkan juara.
Selain dua atlet tersebut, Khairul Hafiz Jantan, Rayzam Shah Wan Sofian, Lee Hup Wei, Zaidatul Husniah Zulkifli, Mohd Iskandar Alwi dan Muhammad Irfan Shamsuddin turut tersenarai.