Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah mengenal pasti 18 atlet terbaik kebangsaan berdasarkan merit bagi menggalas cabaran negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.
Mesyuarat KOM hari ini memutuskan calon skuad olahraga untuk diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Isnin ini bagi menentukan jumlah atlet yang dirasakan layak.
Mengetuai senarai adalah raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan. Selebihnya adalah atlet yang terpilih berdasarkan pencapaian dalam Sukan Komanwel Glasgow 2014, Sukan Asia Incheon 2014 dan prestasi terkini.
"Kami sudah senaraikan beberapa atlet yang kami akan hantar ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia," kata Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim.
Selain Khairul Hafiz, Rayzam Shah Wan Sofian, Lee Hup Wei, Iskandar Alwi, Zaidatul Husniah Zulkifli, Jackie Wong dan Nixson Kennedy adalah antara atlet yang berada dalam senarai yang dicadangkan.
Juga tersenarai, Badrul Hisyam Abdul Manap, Nauraj Singh, Norliyana Kamarudin, Muhammad Hakimi Ismail dan Muhammad Irfan Shamsuddin.