Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How, mahu barisan atlet yang masih dalam perebutan slot ke Gold Coast, April depan, mengambil serius pemilihan terakhir bagi membuktikan prestasi semasa mereka.
Lawatan Ying How ke tiga sesi latihan sukan semalam menyaksikan acara gimrama dan gimnastik artistik wanita masih lagi dalam proses pemilihan untuk mengisi slot manakala ping pong sudah lengkap dengan tujuh pemain.
Atlet yang masih dalam perebutan untuk terpilih ke Sukan Komanwel tidak boleh mengambil mudah, khususnya daripada segi kecederaan, yang boleh menjejaskan pemilihan terakhir mereka.
Gimrama kini perlu memilih tiga terbaik daripada empat atlet tatkala gimnastik artistik hanya perlu menetapkan seorang lagi atlet keempat untuk bersama-sama Farah Ann Abdul Hadi, Tan Ing Yueh dan Tracie Ang.
"Bila kita hanya tinggal tiga bulan daripada temasya, perkara paling baik adalah persediaan mental, positif dan badan yang sihat. Sudah terlewat untuk bekerja dengan kemahiran atau teknik yang baru.
"Saya yakin dengan jurulatih yang kita ada, pasukan kita akan bersedia pada April ini," kata Ying How.
Persektuuan Gimnastik Malaysia (MGF) telah menetapkan pemilihan tiga atlet gimrama dibuat pada Selasa depan di mana mereka perlu berdepan satu pertandingan untuk dinilai sebelum keputusan dilakukan.
"Kami akan buatnya seperti pertandingan. Jadi, mereka akan memberi aksi yang baik daripada satu ke satu aparatus," kata pengurus pasukan gimrama negara, Corine Beh.