Tiga atlet Program Podium, Muhammad Irfan Shamsuddin, Nauraj Singh Randhawa dan Muhammad Hakimi Ismail, akan menggalas tanggungjawab mengepalai kutipan pingat dari kem olahraga negara dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
Sukan olahraga ketandusan pingat dalam temasya itu dan kali terakhir Malaysia meraikan kejayaan menerusi gangsa yang diraih Yang Yu Fang bagi acara 20km jalan kaki di Manchester pada 2002.
Untuk itu, tiga nama itu menjadi pemangkin utama untuk sukan olahraga kembali mendapat tempat dalam Sukan Komanwel berdasarkan prestasi semasa mereka.
"Memang kami mengharapkan kepada tiga atlet itu. Kalau kita lihat ranking dari 2014 dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel, Nauraj berada dalam ranking pingat perak manakala Hakimi dan Irfan dalam ranking gangsa.
"Sudah tentu ia empat tahun lalu dan mereka perlu membuktikan dalam masa terdekat bahawa mereka bersedia dalam temasya itu," kata ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas.
Sementara itu, Zainal berkata satu perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan pada 29 Januari ini bagi membentangkan bajet untuk kejohanan luar negara dan latihan pusat yang melibatkan 12 atlet.
"Kami akan bentangkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) pada 29 Januari ini. Ia pembentangan bajet bagi kejohanan luar negara dan latihan pusat yang akan disertai atlet," katanya lagi.
Selain tiga nama itu, Khairul Hafiz Jantan, Rayzam Shah Wan Sofian, Mohd Iskandar Alwi dan Zaidatul Husniah Zulkifli turut disenaraikan ke Sukan Komanwel.