Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: Hup Wei sakit hati tidak tersenarai

hupwei17118.jpg
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, berang tidak tersenarai ke Sukan Komanwel Gold Coast, April depan walaupun melepasi had kelayakan dengan catatan terbaik musim lalu, 2.24m.

Atlet berusia 31 tahun itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mendapatkan sentuhan jurulatih berpangkalan di Australia, Alex Steward.

Dia mempamerkan peningkatan dengan melepasi ketinggian 2.24m ketika meraih pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekali gus melepasi had kelayakan, 2.20m.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggugurkan namanya daripada senarai 12 atlet ke Gold Coast.

"Saya baru tahu perkara ini beberapa lalu. Saya pun pening kepala kerana tidak berada dalam program itu. Saya sudah berlatih selama tiga tahun untuk ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia. 

"Sekarang ini, nama saya tidak berada dalam senarai. Saya sakit hati. Tiada tahu kenapa nama saya tidak tersenarai," katanya.

Antara yang tersenarai ke temasya itu adalah atlet lompat bergalah, Mohamed Iskandar Alwi, Chuah Yu Tian, Zaidatul Husniah Zulkifli (pecut) dan skuad 4x100m negara.

Sukan Komanwel Glasgow, Scotland pada 2014 menyaksikan emas lompat tinggi lelaki milik atlet Kanada, Derek Drouin, dengan catatan 2.31m.

"Saya benar-benar sakit hati kerana saya sudah berkorban sendirian. Saya rasa putus asa apabila mereka tidak memberikan saya peluang ke Sukan Komanwel. 

"Saya layak tetapi saya tidak dapat pergi, itu yang membuatkan saya kecewa," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video