Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: Azizulhasni ketuai skuad berbasikal

ramlyibrahim8118.jpg
Jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang, mengetuai 14 pelumba yang disenaraikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi menyertai Sukan Komanwel, April depan.

Azizulhasni, yang bakal menyertai acara pecut dan keirin, menjadi sasaran utama untuk menghadiahkan pingat emas buat negara selepas meraih gangsa dalam temasya itu di Glasgow empat tahun lalu.

Untuk rekod, skuad negara hanya menghantar lapan wakil di Glasgow dan kini harapan besar diletakkan kepada 14 pelumba dalam edisi ini.

Pengurus pasukan berbasikal negara, Ramlay Ibrahim, berkata hanya lima daripada enam pelumba diluluskan MOM bagi acara kejar-mengejar, di mana Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff merupakan atlet yang digugurkan.

"Memanglah Azizul adalah juara dunia tetapi kita tidak tahu (prestasinya) sekarang. Kalau boleh, kami mengharapkan emas daripadanya," katanya.

Tambahnya, Ju Pha Som Net adalah atlet yang telah melengkapkan senarai 14 pelumba berkenaan.

Turut berada dalam senarai empat pelumba wanita ialah Fatehah Mustapa, Anis Amira Rosidi dan Farina Shawati Mohd Adnan.

"Kami menambah seorang lagi atlet (Ju Pha) dan dua lagi pegawai, iaitu jurulatih dan mekanik," tambah Ramlay.


Senarai pelumba:

Lelaki

1. Mohd Azizulhasni Awang
2. Muhd Shah Firdaus Sahrom
3. Mohd Fadhil Zonis
4. Shariz Efendi Shahrin
5. Khairil Nizam Rasol
6. Eiman Firdauz Zamri
7. Irwandie Lakasek
8. Afiq Huznie Othman
9. Nur Aiman Rosli
10. Daniel Haikkal Edy Suhaidee

Wanita

11. Fatehah Mustapa
12. Farina Shawati
13. Ju Pha Som Net
14. Anis Amira Rosidi
 

Advertisement

Must Watch Video