Pemangku Setiausaha Kehormat, Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Abu Hanapah Ismail, mengesahkan mereka akan mempertaruhkan 10 atlet dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
Beliau berkata hanya dua atlet membuat keputusan menarik diri daripada menyertai temasya sukan itu kerana terikat dengan pelajaran.
"Kami sudah beritahu dari awal, atlet kami yang layak 12 orang. Daripada 12 orang itu, dua sudah menarik diri.
"Jadi, keputusannya 10 atlet. Mesyurat hari ini lebih kepada pengesahan untuk persiapan ke Sukan Komanwel," katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jeffri Ngadirin, itu turut membincangkan sasaran pingat di mana satu emas, satu perak dan dua gangsa perlu dicapai oleh 10 atlet berkenaan.
Sementara itu, keputusan doping Mohd Hafifi Mansor juga masih menjadi tanda tanya, dengan Abu Hanapah memberi bayangan ia bakal diketahui selewat-lewatnya bulan depan.
"Buat masa ini, kami tidak dapat lagi (perkembangan). Kami meminta pihak presiden untuk menghubungi pihak IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa) sebab kes itu berlaku di peringkat antarabangsa.
"Kita tunggu kuputusan rasmi dari sana. Kami harap hukumannya dapat dikurangkan," katanya lagi.
Senarai atlet ke Sukan Komanwel
Lelaki :
1. Azroy Hazal Wafie (56kg)
2. Aznil Bidin (62kg)
3. Erry Hidayat (69kg)
4. Abd Mubin Rahim (77kg)
5. Fazrul Azrie Mohdad (85kg)
6. Norfarhan Ideris (+105kg)
Wanita:
7. Sharifah Inani Najwa (53kg)
8. Marceeta Marylyne (58kg)
9. Jabriella Teo Samuel (75kg)
10. Siti Aisyah Md Rosli (90kg)