Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Komanwel: 175 atlet dalam senarai awal ke Gold Coast

imran81118.jpg
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, mengesahkan senarai awal seramai 175 atlet bakal mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel di Gold Coast dari 4 hingga 15 April ini.

Jumlah semasa yang dimaksudkan membawa pengertian beberapa perubahan kecil akan berlaku merujuk kepada perubahan dan pengesahan daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) berhubung kelayakan yang perlu dipastikan atlet dalam beberapa acara sukan.

Katanya, keputusan itu hanya akan diketahui selewat-lewatnya pada hujung bulan ini sebelum MOM mengesahkan jumlah sebenar kontinjen negara di Gold Coast nanti.

"Ini adalah (jumlah atlet) yang terbesar kerana saya berpendapat sukan berpasukan telah menambah bilangan atlet dan kebanyakan sukan lain juga telah mula layak (ke Sukan Komanwel)," katanya.

Antara contoh yang membawa kepada perubahan jumlah kontinjen negara adalah kelibat atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat, yang tidak melepasi had kelayakan Komanwel, namun namanya masih berada dalam senarai Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

"Sekarang ini kami cuma menunggu (pengesahan) untuk Erry. Ia kerana dalam senarai nama, dia antara atlet yang terbaik untuk menggantikan Mohd Hafifi Mansor," kata Pemangku Setiausaha Kehormat PABM, Abu Hanapah Ismail.

Kontinjen Malaysia dijangka dibarisi wakil daripada 11 sukan membabitkan 99 orang atlet lelaki dan 76 atlet wanita.

Advertisement

Must Watch Video