Empat siri perlawanan ujian di Gold Coast bulan depan bakal menjadi penilaian terakhir buat jurulatih skuad boling padang negara, Dr. Simon Botha, dalam memilih 10 pemain yang akan membawa cabaran negara ke Sukan Komanwel di sana, dari 4 hingga 15 April ini.
Menurutnya, daripada senarai 13 pemain di bawah Program Podium, tiga bakal digugurkan bagi memastikan hanya lima atlet lelaki dan lima atlet wanita akan bertanding dalam dua acara di Gold Coast nanti.
"Pasukan akan diumumkan Presiden PLBM (Persekutuan Boling Padang Malaysia, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail) apabila kami kembali nanti.
"Ia akan dibuat selepas kami membuat penilaian ke atas semua enam pemain lelaki dan tujuh wanita," katanya.
Botha berkata skuad boling padang akan bertolak ke Gold Coast, Jumaat ini untuk menghadapi dua aksi menentang New Zealand sebelum berdepan dua lagi pertemuan dengan Australia.
Jelasnya, senarai akhir pemain bakal diumumkan apabila mereka pulang ke tanah air pada 9 Februari ini, sebelum sekali lagi bertolak ke Gold Coast pada 19 Februari dan berada di sana sehingga temasya sukan itu bermula.
"Ya, ia sangat penting untuk kami menilai tahap kemahiran dan strategi permainan. Dan pasukan akan diumumkan selepas itu," ujar jurulatih itu.
Pencapaian terbaik skuad boling padang negara dilakar dalam Sukan Komanwel Melbourne pada 2006 apabila mengutip dua emas masing-masing menerusi acara perseorangan wanita yang diraih Siti Zalina Ahmad dan acara triples wanita.
Empat tahun sebelum itu, Siti Zalina turut memenangi emas di Manchester dalam acara yang sama.