Aspek fizikal lebih menjadi tumpuan skuad sepak takraw kebangsaan ketika ini dalam perancangan awal mereka untuk menghadapi tugasan penting dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang, Ogos nanti.
Tiada sebarang pertandingan atau kejohanan utama dalam tempoh terdekat menyaksikan pemain sepak takraw negara belum memulakan sebarang program khusus dalam persediaan ke temasya itu.
Namun, itu tidak bermaksud mereka boleh memandang mudah sesi latihan ketika ini kerana barisan kejurulatihan tetap mengutamakan aspek fizikal bagi memastikan semua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi apa-apa pertandingan.
Menurut pembantu jurulatih, Najib Iman, seramai 30 pemain berada dalam senarai untuk menghadapi Sukan Asia, dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mengumumkan sasaran utama mereka, Jun depan.
Namun, ada beberapa pemain yang masih belum mendapat pelepasan majikan bagi menyertai kem latihan.
"Buat masa ini, kami menumpukan kepada aspek fizikal pemain di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN) bagi menghadapi Sukan Asia.
"Selepas program fizikal itu, sesi latihan petang pula berjalan seperti biasa dengan menekankan aspek servis dan teknikal permainan," katanya.
Najib turut menjelaskan pemain-pemain negara juga akan mengharungi kem motivasi komando dalam usaha meningkatkan lagi semangat sepasukan dalam kalangan mereka.
Kemudian, semua pemain akan diberi pelepasan untuk bersama pasukan negari masing-masing bagi saingan Piala Emas Khir Johari dijangka pada April depan yang menjadi medan utama bagi menilai kemampuan mereka.
"Pemain akan mengikuti kem motivasi komando dalam masa terdekat.
"Saya harap mendapat kerjasama daripada pemain demi memastikan yang terbaik untuk negara," kata Najib lagi.