Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, mengelak untuk berasa kesepian apabila menegaskan perjuangannya di Sukan Hangzhou tetap diiringi semangat rakan karibnya, Datuk Azizulhasni Awang.
Ini kali kedua berturut-turut Shah Firdaus menyertai sukan bertemasya tanpa Azizulhasni selepas Sukan Komanwel Birmingham tahun lalu.
Ketika itu 'The Pocket Rocketman' disisihkan kerana masalah jantung dan kali ini diketepikan ekoran kecederaan.
"Sukan Komanwel sebelum ini juga Azizulhasni tiada namun dia turut tidak dapat beraksi di Sukan Asia, agak mengecewakan saya. Saya mengetahui perasaannya sedih kerana tidak dapat mewakili negara, namun kami yang beraksi akan membawa semangatnya untuk meraih keputusan yang positif di sini," kata Shah Firdaus.
Ketibaan barisan atlet negara di Hangzhou semalam juga tertumpu kepada pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari selaku prospek emas negara di temasya ini.
"Saya enggan meletakkan tekanan menghadapi Sukan Asia. Mengambil mata demi mata menjadi pendekatan saya dan berharap dapat membawa pulang sesuatu dari Sukan Asia kali ini," katanya menerusi Nadi Weekend.