Selepas acara berpasukan berakhir, Eain Yow dan S Sivasangari membawa semangat baru dalam cabaran memburu pencapaian terbaik.
Eain Yow jelas lebih tenang dalam mengharungi pusingan kedua acara perseorangan berbanding prestasinya dalam separuh akhir berpasukan lelaki Sukan Asia Hangzhou.
Keyakinan menjadi azimatnya ketika menewaskan Amjad Syed dari Qatar 3-0 di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, hari ini, untuk melangkah ke suku akhir.
"Saya tidak begitu mengerah keringat minggu lalu.
"Lawan yang akan dihadapi handal, begitu juga saya. Jadi saya cuma perlukan keyakinan ketika beraksi," katanya yang memenangi gangsa berpasukan lelaki.
Addeen Idrakie Bahtiar turut mengikuti jejaknya dengan menidakkan hasrat Ravindu Hashintha Laksiri dari Sri Lanka dengan keputusan 3-1.
Dalam masa sama, Sivasangari yang masih segar dengan kejayaan merangkul pingat emas berpasukan wanita turut menampilkan aura berbeza.
Sivasangari mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan menumpaskan wakil Pakistan, Noor Ul Ain Ijaz, dengan 3-0.
"Selepas memenangi emas berpasukan wanita, kami masih perlu teruskan perjuangan.
"Saya berasa baik ketika beraksi hari ini dan berharap dapat mengekalkan momentum.
"Selepas menang emas, pasti lawan juga ingin membalas dendam.
"Apa pun, saya mahu fokus satu persatu perlawanan," katanya.
Aira Aiman yang turut layak berharap dapat mengadakan pertemuan dengan rakan senegara, Sivasangari.