Skip to main content

Sukan Asia

Sukan Asia Hangzhou: Pengalaman lawan bataskan peluang Aswan ke separuh akhir

tinju-sukan-asia.jpg
'Saya kalah pengalaman', kata petinju negara, Aswan Che Azmi, menegaskan tiada apa yang perlu dimalukan sekali pun tewas 5-0 kepada wakil Taiwan, Kan Chia Wei, dalam aksi suku akhir 71 kilogram di Gimnasium Hangzhou sebentar tadi.

Sekaligus kempunan buat kejutan menaiki podium untuk debut Sukan Asia, Aswan mengakui lawan juga turun ke gelanggang dengan reputasi hebat selaku pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2023.

"Pertama sekali saya telah cuba memberikan yang terbaik, pengalaman lawan menjadi pemisah sekaligus menggagalkan saya untuk mara ke separuh akhir," kata Aswan menerusi Nadi Weekend.

"Chia Wei merupakan seorang petinju yang lincah, dia mengubah corak strategi dalam pusingan kedua sekaligus memaksa saya untuk gagal mendapatkan mata yang penting."

Advertisement

Must Watch Video