Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Senegal cipta sejarah baru, hidupkan harapan ke pusingan 32

Piala Dunia 2026: Senegal pesta gol benam Iraq, hidupkan harapan ke pusingan 32

Senegal mempamerkan kebangkitan luar biasa pada babak kedua apabila membelasah Iraq 5-0 dalam aksi terakhir Kumpulan L Piala Dunia 2026, sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan 32 terbaik sebagai antara lapan pasukan tangga ketiga terbaik.

Senegal turun dengan misi wajib menang dengan jaringan besar bagi memperbaiki perbezaan gol, dan mereka memulakan langkah tepat apabila Diarra meletakkan pasukan di hadapan menerusi percubaan yang terkena pemain lawan sebelum menewaskan penjaga gol Iraq.

Situasi menjadi lebih sukar buat Iraq apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama lebih 30 minit selepas seorang pemain dilayangkan kad merah. Namun, Senegal gagal memanfaatkan kelebihan itu sepenuhnya pada babak pertama dan hanya membawa kelebihan 1-0 ke bilik persalinan.

Kapten Senegal, Sadio Mané, menjadi watak paling menyerlah sepanjang separuh masa pertama. Bintang berpengalaman itu beberapa kali memperdayakan benteng Iraq dengan larian pantas dan kemahiran menggelecek, namun rakan sepasukan gagal menyempurnakan peluang yang dicipta.

Menyedari mereka memerlukan lebih banyak jaringan, Senegal tampil jauh lebih agresif selepas rehat.

Hasilnya, kelebihan digandakan pada minit ke-52 apabila gerakan cantik dibina oleh Camara dan Ismaïla Sarr sebelum bola disudahkan kemas dari jarak dekat untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Hanya beberapa minit kemudian, pemain gantian Pape Gueye memberi impak segera apabila meledak gol ketiga menerusi rembatan lencong yang cukup memukau pada minit ke-59, hanya 89 saat selepas dimasukkan.

Gueye sekali lagi mencuri tumpuan pada minit ke-71 apabila menghasilkan satu lagi jaringan cantik dari luar kotak penalti untuk meletakkan Senegal selesa mendahului 4-0.

Dengan kedudukan itu, Senegal berada di landasan terbaik untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan pasukan tangga ketiga terbaik, sekali gus meningkatkan peluang ke pusingan kalah mati.

Sorakan lebih 43,000 penyokong yang memenuhi Stadium BMO terus bergema apabila Senegal melengkapkan pesta gol pada minit ke-82.

Kali ini, Iliman Ndiaye melepaskan rembatan deras yang gagal dihalang penjaga gol Iraq, sekali gus memastikan kemenangan bergaya 5-0.

Jaringan tersebut turut mencipta sejarah apabila Senegal menjadi negara Afrika pertama yang berjaya menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Piala Dunia.

Selepas aksi hambar pada separuh masa pertama, Senegal mempamerkan karakter sebenar mereka dengan menghasilkan empat gol dalam tempoh 30 minit terakhir untuk memastikan kemenangan terbesar mereka di pentas Piala Dunia.

Kemenangan 5-0 dilakar Senegal merupakan satu pencapaian terbaru, merekodkan kemenangan terbesar buat pasukan dari Benua Afrika mengatasi pencapaian Nigeria (3-0 ke atas Greece dan Bulgaria pada edisi 1994).

Kini, skuad Singa Teranga hanya mampu menanti keputusan kumpulan lain bagi menentukan sama ada kemenangan besar itu sudah memadai untuk membawa mereka ke pusingan 32 terbaik.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video