Skip to main content

Sukan Lain

Sukan Asia: Empat persatuan sukan tiada wakil

imran9118.jpg
Empat persatuan sukan kebangsaan tidak menghantar wakil ke Sukan Asia Indonesia 2018, dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, menyifatkan tindakan itu sebagai kebimbangan atlet masing-masing menjadi mangsa belasahan.

MOM terpaksa akur dengan keputusan persatuan sukan seperti besbol, gusti, tenis dan bola baling kerana taraf atlet negara yang terlalu rendah untuk mencabar di pentas Asia.

Ironinya, ada persatuan yang sudah bertapak di negara ini sejak berpuluh tahun lalu, namun masih gagal melahirkan atlet berkualiti.

"Mungkin mereka bersikap realistik mengenai tahap mereka dan memilih membelanjakan wang dengan cara yang sepatutnya," kata Tunku Imran.

Mesyuarat pemilihan atlet Sukan Asia 2018 menyaksikan seramai 551 atlet berada dalam senarai awal, dengan misi utama Malaysia untuk menamatkan cabaran dalam kelompok 10 terbaik.

Selain empat sukan terbabit, Malaysia tidak akan menyertai acara jet ski, pentatlon moden, jujutsu, kurash dan sambo kerana tidak mempunyai atlet.

"Kami faham dan berharap semua persatuan melihat kepada diri sendiri adakah mereka sudah cukup baik.

"Kalau tidak cukup berkualiti, mungkin lebih baik tidak menyertainya dan meningkatkan atlet dengan cara lain," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video