Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Terbuka Remaja British: Malaysia gondol empat gelaran

skuasy-060617.jpg
Malaysia mengungguli empat daripada lima gelaran kategori wanita Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja British yang menyaksikan Aifa dan Aira Azman mencipta sejarah muncul pasangan adik-beradik pertama untuk meraih gelaran juara pada tahun yang sama.

Aifa, yang muncul pemenang kategori B-13 dan B-15 tahun sebelum ini, meraih gelaran ketiga Terbuka Remaja British kali ini dalam kategori B-17 tahun selepas mengatasi lawan dari Amerika Syarikat, Marina Stefanoni.

Tuah turut memihak adiknya, Aira, yang bergelar juara B-15 selepas lawannya, Sana Ibrahim, dibatalkan penyertaan.

S. Sivasangari turut tidak menghampakan apabila menamatkan kempen skuad remaja dengan gelaran juara kategori B-19 tahun dengan mengalahkan Satomi Watanabe dari Jepun.

Keputusan pemain-pemain Malaysia:

PEREMPUAN B-13
Sehveetrraa Kumar mn Fayrouz Abouelkheri 11-7, 11-9, 11-9

PEREMPUAN B-15
Aira Azman mn Sana Ibrahim 
11-8, 11-5, 10-12, 6-11, 4-2 (lawan dibatalkan penyertaan)

PEREMPUAN B-17
Aifa Azman mn Marian Stefanoni 11-7, 11-5, 11-9

PEREMPUAN B19
S. Sivasangari mn Satomi Watanabe 12-10, 11-7, 11-9




 

Advertisement

Must Watch Video