Skip to main content

Sukan SEA

Skuasy: Sivasangari, Eain Yow hadiahkan emas

28skuasymalaysa.jpg
Pemain skuasy negara, S. Sivasangari, menewaskan rakan sepasukan, Rachel Arnold, untuk memenangi emas acara perseorangan wanita dalam Sukan SEA Ke-29 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Pemain berusia 18 tahun, Sivasangari, mengalahkan juara bertahan itu 15-13, 13-11, 11-6 untuk menghadiahkan emas buat negara.

"Saya sangat gembira kerana meraih dua emas pada penampilan pertama dalam Sukan SEA. Ini merupakan satu kenangan yang sangat indah," kata Sivasangari.

Dalam perlawanan akhir lelaki, Ng Eain Yow muncul pemenang emas selepas menewaskan Syafiq Kamal 11-4, 11-9, 11-3.

"Saya tidak kisah dengan keputusan hari ini. Syafiq adalah rakan saya dan kami bermain bersama-sama. Yang penting, kami dapat memberikan persembahan yang bagus.

"Sebenarnya, saya agak beremosi hari ini kerana kalah kepada Filipina dalam acara berpasukan lelaki. Kami pernah mengalahkan mereka, justeru saya masih berasa kecewa.

"Bagaimanapun, saya sangat gembira kerana dapat mempamerkan aksi yang cemerlang dan berjaya meraih emas untuk Malaysia," kata Eain Yow.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video