Skip to main content

Sukan SEA

Skuasy: Satu emas dalam tangan beregu wanita

rachel-arnold.jpg
Kem skuasy Malaysia memastikan satu emas dalam tangan selepas kedua-dua beregu wanita mara ke final Sukan SEA Ke-29 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Pasangan negara, Andrea Lee Jia Qi dan Rachel Arnold, mara ke final selepas mudah menewaskan pasangan Singapura, Sneha Sivakumar dan Au Yeong Wai Yhann, 11-2, 11-5.

Satu lagi beregu, Nazihah Hanis dan Chan Yiwen, juga meneruskan kemaraan selepas mengalahkan Yvonne Alyssa Dali dan Jemyca Aribado. Mereka menewaskan pasangan Filipina itu 11-3, 11-5.

"Sudah tentu saya menyasarkan pingat emas. Tetapi ia bukan untuk menghadapi mereka (Nazihah dan Yiwen). Kami mengenali corak permainan masing-masing kerana telah berlatih bersama untuk tempoh lama sebelum Sukan SEA," kata Andrea.

"Semua orang mahu menang, kami mahu melakukannya. Kami tidak berdepan sebarang tekanan," kata Nazihah. 

Sementara itu, dalam acara beregu campuran, Andrea yang bergandingan dengan Ryan Neville Pasqual, juga melangkah ke separuh akhir. Mereka menewaskan pasangan Indonesia, Muhammad Nur Tastafyan dan Yaisha Putri Uasandi, 11-3, 11-9.

Sanjay Singh Chal dan S. Sivasangari turut tidak berdepan masalah untuk mara ke separuh akhir apabila beraksi cemerlang menewaskan wakil Thailand, Anantana Prasertratanakul dan Apirom Na Nakorn, 11-1, 11-4.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video