Skip to main content

Sukan SEA

Skuasy: Sanjay-Sivasangari ungguli acara campuran

24817campuran-negara_sivasangari_andrea.jpg
Beregu campuran Malaysia, Sanjay Singh Chal dan S. Sivasangari, merangkul pingat emas selepas menumpaskan rakan senegara, Ryan Neville Pasqual-Rachel MaeArnold, dalam perlawanan akhir Sukan SEA Ke-29 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Sanjay-Sivasangari, yang turun selaku beregu pilihan, tidak berdepan masalah untuk menang straight set, 11-9, 11-10, sekaligus memberikan perak kepada lawannya itu.

Gangsa dimiliki pasangan Filipina, Jemyca Aribado-Robert Andrew Garc, dan Mao Shi Hui-Pang Ka Hoe dari Singapura. 

Bagaimanapun, Rachel sudah memiliki emasnya dalam temasya kali ini selepas mengungguli acara beregu wanita bersama Andrea Lee, semalam.

Mereka mengatasi satu lagi gandingan negara, Chan Yi Wen dan Nazihah Hanis, 11-4, 11-10, dalam perlawanan akhir acara tersebut.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
 

Advertisement

Must Watch Video