Masih banyak perlu dilakukan skuad taekwondo negara jika mahu terus bersaing dengan kuasa besar rantau ini, Thailand, di pentas Sukan SEA walaupun berjaya meraih tiga pingat emas.
Dua daripada pingat emas itu diperoleh daripada acara poomsae, dengan hanya satu menerusi kyorugi.
Pingat emas tunggal daripada acara kyorugi diperoleh Rozaimi Rozali dalam acara bawah 68 kilogram, sekali gus menamatkan penantian 12 tahun negara.
Jika diperhati secara jelas, masih banyak perlu diperbaiki atlet kyorugi negara, terutama berdepan Thailand yang mempunyai ramai atlet berkelas dunia.
Malah, kemampuan negara lain seperti Indonesia dan Filipina juga semakin meningkat, sesuatu yang perlu dipantau secara serius oleh Taekwondo Malaysia.
Menurut pengurus, A. Jayarajan, skuad taekwondo masih memerlukan sedikit masa jika mahu merapatkan jurang dengan Thailand pada masa akan datang.
"Pasukan ini telah berlatih selama dua tahun. Usaha mereka dapat ditonjolkan menerusi kejayaan yang diraih. Jika diberikan lagi masa, saya percaya kejayaan yang lebih banyak mampu dicipta," kata Jayarajan.
Untuk acara poomsae, dua emas yang disumbangkan sememangnya begitu cemerlang melalui dua acara perseorangan lelaki dan wanita.
Chew Wei Yan berjaya mengetepikan saingan sengit peserta pilihan, Maulana Haidir dari Indonesia, bagi kategori lelaki sementara Yap Khim Yen mengungguli saingan wanita.
"Secara keseluruhan, acara kyorugi dan poomsae telah memberikan yang terbaik. Saya percaya dengan masa yang diberikan, Malaysia mampu melakukan pencapaian yang lebih baik dalam Sukan SEA akan datang," kata Jayarajan.