Skuad ragbi 15 sepasukan negara terus mendapat suntikan semangat apabila buat kali pertama diberikan peluang menjalani latihan di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur.
Skuad negara kendalian Lee Nyuk Fah itu dalam persiapan untuk menghadapi Kejohanan Asia Premier yang dijadualkan bermula hujung April nanti, dengan Korea Selatan dan Hong Kong menjadi halangan.
Jika mereka dapat melepasi kedua-dua pasukan itu, Malaysia berpeluang memasuki pusingan repechage untuk layak ke Piala Dunia 2019.
Lantas, persiapan yang cukup rapi sedang berjalan ketika ini tetapi kesempatan untuk berlatih di Stadum Nasional, yang bakal menjadi gelanggang rasmi untuk Kejohanan Asia Premier nanti, mencetus perasaan tersendiri buat Nyuk Fah.
"Ia adalah detik yang bersejarah buat skuad ragbi kerana dapat berlatih di stadium ini," katanya.
Menurut Nyuk Fah lagi, sesi latihan di Stadium Nasional juga dapat memberikan gambaran awal bagaimana skuad negara memanfaatkan corak permainan di gelanggang berkenaan.
Aksi persahabatan menentang kelab tempatan, KL Tigers, pada 3 Februari ini bakal menjadi aksi pertama mereka, dengan Nyuk Fah masih ingin memberi peluang kepada beberapa pemain, khususnya muka baru, untuk membuktikan mereka layak berada dalam skuad utama nanti.
"Kami akan cuba meneliti kualiti setiap pemain dalam sesi latihan sebelum menyenaraikan barisan terbaik untuk menghadapi kejohanan yang bermula pada bulan April," tambahnya.