Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari, semakin tidak sabar untuk menggalas cabaran bersama skuad senior selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Britain kategori bawah 19 tahun yang merupakan penampilan terakhirnya di peringkat remaja.
Kali terakhir dia menjuarai kejohanan itu adalah pada 2014 ketika beraksi dalam kategori B-15.
Sivasangari, yang bakal menginjak ke usia 19 tahun pada 24 Januari ini, menganggap ia satu motivasi buat dirinya dalam menggalas cabaran yang lebih getir apabila disenaraikan ke Sukan Komanwel Gold Coast, April depan.
"Ia adalah kemenangan yang baik tahun ini. Saya sangat gembira kerana saya akan beralih ke peringkat senior selepas ini. Jadi, ia adalah kejuaraan junior yang baik," kata Sivasangari.
Turut mencuri perhatian adalah kejayaan adik-beradik Aifa dan Aira Azman.
Aifa melengkapkan kejayaan hatrik dengan menjuarai kategori B-17 selepas mengungguli kategori B-13 dan B-15 pada 2014 dan 2016 sementara ia merupakan kejayaan sulung Aira dalam Terbuka Remaja Britain.
Turut diraikan adalah K. Sehveetrraa yang menjuarai kategori B-13.
"Saya sangat gembira kerana dapat memenangi gelaran ketiga bersama adik saya, Aira. Saya sangat gembira," kata Aifa.