Dalam diam permata skuasy negara, S. Sivasangari, merampas gelaran sebagai pemain terbaik selepas Datuk Nicol David.
Tetapi skuad negara berdepan cabaran unik dalam menangani kerjaya Sivasangari yang sedang disunting kelompok universiti terbaik di Amerika Syarikat.
Tanpa Low Wee Wern yang masih menangani pemulihan kecederaan lutut serius, status sebagai pemain nombor dua terbaik masih terbuka antara dua pemain.
Dan kesempatan itu diambil Sivasangari apabila menewaskan Rachel Arnold yang juga juara bertahan Sukan SEA ketika kempen Kuala Lumpur 2017.
"Ya, Sivasangari adalah pemain terbaik kita selepas ini tetapi ia bukan mudah buatnya apabila aksi final itu (perseorangan wanita) begitu sengit.
"Pada hari itu, dia adalah pemain lebih baik. Ia adalah perlawanan yang berkualiti tinggi," kata Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam.
Sivasangari difahamkan ketika ini sedang dihujani tawaran biasiswa daripada universiti terkemuka seperti Harvard memandangkan program skuasy di peringkat itu semakin membangun.
"Jika dia menerimanya, dia akan pergi mungkin tahun depan. Kita tidak sepatutnya menghalang sesiapa dalam laluan akademik.
"Kita sepatutnya mencabar pemain ini untuk membawa skuasy bersama mereka, seperti mana dilakukan Dr M. Jegathesan (bekas atlet olahraga). Saya percaya Sivasangari mampu melakukannya," tambahnya.