Skip to main content

Sukan SEA

Silat: Taqiyuddin-Rosli tuai emas pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat-media-masoc-240817.jpg
Sukan silat mengambil giliran menceriakan kem Sukan SEA negara apabila menghadiahkan pingat emas dalam acara ganda putera di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebentar tadi. 

Taqiyuddin Hamid dan Rosli Sharif -- juara Kejohanan Silat Asia Tenggara, Mac lalu --  membuka kempen silat dengan kemenangan ke atas wakil dari Indonesia, Hendy dan Yolla Primadona, dengan mengumpul 582 mata untuk mengecewakan pencabar terdekat itu yang memperolehi 554 mata. 

Gangsa dimenangi oleh Singapura menerusi Alfau Jan Abad dan Almohaidid Abad. 

"Kami telah memberikan yang terbaik dan keputusan tadi merupakan hasil daripada usaha kami," ujar Taqiyuddin. 

Rosli turut berkongsi detik kegembiraannya setelah penat lelahnya sejak dua tahun lalu berakhir positif dengan berkata: "Saya sangat teruja kerana berjaya meraih kemenangan ini. Saya telah menjalani latihan selama dua tahun dan ia membuahkan hasil."

Malaysia menyasarkan lapan pingat emas dalam kempen kali ini.

Kredit imej: MASOC Media

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Advertisement

Must Watch Video