Gandingan pesilat wanita negara, Nur Syazreen Abdul Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan, menghadirkan keceriaan buat skuad silat negara apabila meraih pingat emas dalam acara ganda putri (seni) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Syazreen dan Hamizah mencatat kutipan mata tertinggi dengan 568 mata.
Perak menjadi milik pasangan Singapura, Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudi dengan 553 mata manakala gangsa diraih wakil Indonesia, Ririn Rinasih-Riska Hermawan dengan kutipan 545 mata.
"Kami sentiasa menyertai kejohanan luar bagi membiasakan diri dengan situasi pertandingan, yang terbaru adalah Kejohanan Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Bali (Disember lalu).
"Kami tekad memastikan pingat emas berjaya diraih di Malaysia. Ini merupakan kali pertama keluarga saya menyaksikan persembahan kami," jelas Syazreen.
Hamizah turut berkongsi kepuasan dalam memenangi emas.
"Kami berjaya mempamerkan persembahan yang terbaik, gerakan kami berjaya dilakukan dengan baik," ujar Hamizah.
Ini merupakan emas kedua daripada acara ganda selepas skuad lelaki mendominasi acara putra (seni) semalam.
Skuad silat negara menyasarkan lapan daripada 20 pingat emas yang dipertandingkan.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.