Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, lega apabila Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA (MASOC) bersetuju mengubah venue acara itu ke Stadium Juara, Bukit Kiara bermula Isnin ini susulan menerima jumlah penonton yang terlalu ramai.
Acara silat yang membuka tirai semalam menyaksikan venue di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) gagal menampung jumlah penonton.
Senario itu memaksa Pesaka memohon venue dipindahkan ke Bukit Kiara yang sebelum ini menjadi venue acara bola jaring.
Tiket sebanyak 2,000 ribu keping juga ditambah menerusi penjualan kaunter.
"Sukan silat menawarkan pingat yang banyak dan jadi kami perlu mengambil langkah untuk bertukar venue," kata Megat Zulkarnain.
Sementara itu, MASOC sudah mengetatkan pemantauan kualiti makanan di semua hotel penginapan atlet bagi memastikan insiden keracunan makanan tidak berulang susulan kes 16 atlet negara mengalami masalah itu, beberapa hari lalu.
"Jawatankuasa makanan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Institut Sukan Negara (ISN) memantau perkara ini dengan teliti supaya ia tidak berlaku lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, berkata siasasatan terperinci sedang dilakukan ketika ini.
"Kami sedang mengenal pasti makanan yang menyebabkan keracunan makanan kerana lebih daripada 1000 individu yang berada di sana," kata Beng Choo.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.