MPL MY
Siapakah figura bernama Ceb ini?
Sebastien 'Ceb' Debs memulakan kerjaya Dota 2 profesionalnya pada tahun 2011 dengan pasukan Team Shakira. Dia terkenal dengan gaya permainan agresif di posisi offlane dan kepimpinannya yang kukuh.
Pada tahun 2018 dan 2019, Ceb membantu pasukan OG meraih kemenangan bersejarah dalam The International, menjadikannya salah seorang pemain yang paling dihormati dalam sejarah Dota 2.
Selain sebagai pemain, Ceb juga berperanan sebagai jurulatih OG dari 2016 hingga 2018, memimpin pasukan meraih empat kejuaraan Major Dota 2 berturut-turut.
Iklan
Antara pencapaian terbaik Ceb adalah muncul juara The International (TI) pada tahun 2018 & 2019. Ini menjadikan satu-satunya pasukan (OG) yang memenangi Kejohanan TI dua kali berturut-turut dan Ceb adalah pemain tunggal offlaner yang memenangi TI dua kali sebagai pemain.
Bagi pencapaian selaku jurulatih pula tidak kurang hebatnya. Ceb memimpin pasukannya untuk muncul juara bagi empat edisi Dota 2 Major Championship.
Kini Ceb bergerak sebagai Pengarah Tekninal SRG.OG Esports, sebuah pasukan gergasi tanah air yang kini dalam misi memburu kejuaraan hatrik saingan MPLMY.
SRG OG Esports laung keazaman misi takluki kejuaraan hatrik MPLMY!Jom ikuti rapat perkongsian 'orang kuat' pasukan - Simon Lim & penampilan istimewa, Sebastian Ceb dalam Nadi Arena 7.30 malam edisi jumaat!Semestinya di saluran 801! pic.twitter.com/85cDKoj9p4— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 11, 2025
Lantikkan ini juga sebagai salah satu perancangan awal bagi pasukan (Selangor Red Giants) SRG.OG kekalkan kejuaraan EWC-MSC yang bakal berlangsung di Riyadh.
Saksikan Sebastien Ceb bersama Simon Lim sebagai Tetamu Nadi Arena pada Jumaat, jam 7.30 malam hanya di saluran 801HD Astro Arena dan Youtube Astro Arena.
Must-Watch Video