Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Siapa kata sukan tarik tali tak popular?

tariktali.jpg
Berbicara tentang sukan tarik tali memiliki komuniti dan pengikut yang tersendiri. 

Kejohanan Tarik Tali Kebangsaan Terbuka Pulau Pinang berlangsung selama dua hari di Padang Polo Penang membabitkan penyertaan hampir 30 pasukan daripada seluruh negara termasuk dari Sabah dengan mempertandingkan tiga kategori iaitu terbuka ,wanita dan remaja.

Kejohanan yang mendapat sokongan daripada Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Persatuan Tarik Tali Pulau Pinang dan Emas Khalipah bakal menjadi acara tahunan itu, sambil dilihat sebagai platform untuk kembali mempopularkan sukan rakyat yang masih menjadi sebutan ramai. 




"Sukan ini mempunyai peminat yang ramai dan dasyat.

"Tetapi ia kurang mendapat sambutan.

"Dengan penyertaan memberangsangkan, ia satu perkara yang patut dilakukan setiap masa," kata pengarah kejohanan, Fared Hamdan.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Related Topics

Must Watch Video