Skip to main content

Sukan Lain

Shah Firdaus raih gangsa Basikal Trek Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7217muhamadshah.jpg
Pelumba trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, menamatkan kemarau pingat sejak empat tahun lalu apabila meraih gangsa acara keirin dalam Kejohanan Basikal Trek Asia di India, hari ini.

Shah Firdaus mengubat kekecewaan skuad basikal trek negara apabila pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni Awang, sekadar berada di tangga kesembilan.

Pelumba berusia 22 tahun itu pada awalnya berdepan tugas sukar apabila muncul wakil tunggal Malaysia dalam final selepas Azizulhasni terkandas dalam separuh akhir.

"Ini kali pertama saya memenangi pingat acara keirin. Tahun lalu, saya dapat nombor empat, hari ini saya naik satu anak tangga, nombor tiga," katanya.

"Ada juga kecewa kerana 50 meter terakhir prestasi saya agak celaru. Bagaimanapun, saya bersyukur dengan pencapaian ini."

Begitupun, dia tidak gentar mencabar pelumba lebih senior untuk meraih gangsa demi pingat pertama dalam saingan elit selepas membuat empat percubaan dalam kejohanan itu.

Kejayaan itu membuktikan Shah Firdaus mampu menjadi pengganti terbaik Azizulhasni, yang menggalas reputasi pelumba keirin terbaik rantau ini sejak beberapa tahun lalu.

Shah Firdaus berpeluang menambah pingat berikutnya apabila bertanding dalam pecut bersama Azizulhasni, Khamis ini.

Keputusan acara keirin

1. Yuta Wakimoto (JPN)
2. Kazunari Watanabe (JPN)
3. Muhammad Shah Firdaus Sahrom (MAS)
...9. Azizulhasni Awang (MAS)

Advertisement

Must Watch Video