Tekong negara, Syahir Rosdi, enggan mengambil mudah baki dua perlawanan dalam saingan antara regu lelaki walaupun pingat emas temasya KL2017 tampak dalam genggaman selepas mencatat dua kemenangan dalam saingan liga sepusingan di Stadium Tertutup Titiwangsa, semalam.
Selepas kempunan dalam beberapa acara sebelum ini, antara regu lelaki jelas menjadi sandaran untuk membutirkan emas buat skuad sepak takraw negara.
Harapan diletakkan di bahu Syahir, Farhan Adam dan Hanafiah Dollah selaku trio utama tatkala Meor Zulfikar dan Khairol Zaman bertindak sebagai pemain simpanan.
Trio negara nyata tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan Brunei 21-11, 21-7 dalam perlawanan pertama sebelum melengkapkan kemenangan kedua ke atas Kemboja 21-12, 21-10.
Saingan antara regu lelaki tidak disertai Thailand, sekaligus membuka peluang buat trio negara meraih emas apabila akan menyambung kempen mereka berdepan Laos dan Filipina, hari ini.
"Kedua-dua pasukan memang sukar. Kami perlu berjaga-jaga dengan servis tekong mereka.
"Untuk menang, kami perlu memberikan fokus terbaik," katanya.
Malaysia merupakan penyandang emas acara ini selepas muncul juara dalam edisi lalu.
"Persefahaman kami semakin meningkat kerana kami telah bersama sejak 2014."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.