Malaysia perlu segera membuat keputusan sama ada akan tetap menghantar skuad regu sepak takraw lelaki ke Sukan Asia Indonesia 2018 atau tidak.
Ini berikutan masih tiada sebarang perkembangan mengenai peluang skuad kendalian Abdul Talib Ahmad itu untuk menyertai acara regu bagi temasya Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.
Kontroversi tercetus setelah Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan Malaysia bertanding dalam acara regu, sebaliknya mendaftarkan Malaysia dalam regu berpasukan yang tiada dalam perancangan asal negara.
Isu itu belum mencapai kata putus biarpun mesyuarat chef-de-mission (CDM) tamat hari ini sehingga mendorong Timbalan Ketua Kontinjen Negara, Dr. P. Vellanpandian, meminta ia dibincangkan bersama-sama oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Olimpik Asia (OCA) dan INASGOC secara lebih terperinci.
Skuad regu negara dijangka berlepas ke Palembang esok, seterusnya memaksa Malaysia untuk membuat keputusan segera atau menurut sahaja saranan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, yang sudah beberapa kali menyatakan agar pasukan negara menarik diri daripada acara regu berpasukan.