Newcastle United tidak berdepan masalah meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan kelab dari Azerbaijan, Qarabag, 3-2 (agregat 9-3) di St James' Park, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Eddie Howe itu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Sandro Tonali seawal minit keempat permainan.
Advertisement
Selang dua minit kemudian, giliran Joelinton pula menewaskan Ramazanov selepas menampan kemas hantaran daripada Harvey Barnes sekali gus menutup babak pertama dengan pasukan tuan rumah mendahului 2-0.
UNITED 👊 pic.twitter.com/wQYiWR4m7g
— Newcastle United (@NUFC) February 24, 2026
Begitupun, beberapa siri serangan yang diatur Qarabag akhirnya menerjah gawang Newcastle selepas rembatan Camilo Duran pada minit ke-50, namun tandukan Sven Botman terus menjarakkan defisit jaringan menjadi 3-1.
Qarabag dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan pasukan tuan rumah, namun berjaya diselamatkan Aaron Ramsdale sebelum disambar pantas oleh Elvin Cafarguliyev sekali gus menutup 90 minit perlawanan untuk kemenangan Newcastle di laman sendiri.
Newcastle menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan ke-12 dengan 14 mata selepas lapan perlawanan.