Menjelang Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua di Dhaka, Bangladesh, yang akan berlangsung dari 4 hingga 12 Mac ini, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan membuat pengumuman rasmi pada Ahad ini, siapakah 18 pemain yang akan menggalas tanggungjawab untuk beraksi di Dhaka.
Seramai 23 pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan skuad kebangsaan yang telah bermula pada 12 Februari lalu.
Pemain dari Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) mendominasi senarai 23 pemain yang dipanggil dengan sembilan pemain, diikuti Tenaga Nasional Berhad (TNB) enam pemain, Kelab Hoki Terengganu (THT) dengan lima pemain, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dua pemain dan seorang wakil dari TNB Thunderbolt.
Lapan belas pemain yang akan berlepas ke Dhaka pada 28 Februari ini hanya akan diketahui selepas tamat saingan merebut Piala TNB 2017 pada Ahad ini.
Berikut senarai 23 pemain yang dipanggil bersama skuad kebangsaan:
Pemain KLHC - Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Azri Hassan, Joel Samuel Van Huizen, Meor Muhamad Azuan Hasan, Muhammad Rashid Baharom, Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Razie Abdul Rahim dan Nabil Fiqri Mohd Noor.
Pemain TNB - Kumar A/L Subramaniam, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Faiz Helmi Jali, Muhamad Ramadan Rosli, Muhammad Shahril Saabah dan Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi.
Pemain THT - Muhammad Hafizuddin bin Othman, Mohd Fitri bin Saari, Muhammad Firhan bin Ashaari, Faizal bin Saari dan Tengku Ahmad Tajuddin bin Tengku Abdul Jalil.
Pemain UniKL - Muhammad Najmi Farizal Jazlan dan Muhammad Marhan Mohd Jalil.
Pemain TNB Thunderbolt - Hairi Abdul Rahman.
Dalam pada itu, MHC juga telah telah mengeluarkan senarai pemain yang diserap ke dalam skuad pembangunan hoki senior negara yang dibimbing oleh jurulatih, Wallace Tan. Seramai 13 pemain telah dipanggil untuk menyertai skuad pembangunan hoki senior negara.
Berikut senarai pemain skuad pembangunan hoki senior negara:
Pemain TNB - Muhammad Najib Abu Hassan, Muhammad Firdaus Omar, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran, Shazril Irwan Nazli, Norsyafiq Sumantri dan Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad
Pemain UniKL - Baljit Singh Charun Singh, Mohamad Ashran Hamsani, Rafizul Ezry Mustafa dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin
Maybank - Muhamad Zaimi Mat Deris dan Aslam Mohamed Hanafiah
KLHC - Kevin Frederick Lim