Dafne Schippers mempertahankan kejuaraan acara 200 meter dalam Kejohanan Dunia IAAF apabila mempamerkan larian terbaik musim ini di Stadium London, malam tadi.
Bintang pecut Belanda itu, yang mengutip pingat gangsa dalam acara 100m awal minggu ini, terpaksa bertarung sehingga garisan penamat bagi mengekang asakan Marie-Josee Ta Lou.
Schippers mencatat masa 22.05 saat untuk mengetepikan cabaran Ta Lou -- yang kecewa kali kedua selepas mengutip pingat perak dalam acara 100m di belakang juara baru, Torie Bowie.
Shaunae Miller-Uibo berjaya menebus kehampaan dalam acara 400m dengan kutipan pingat gangsa.
Wakil Great Britain, Dina Asher-Smith, menghasilkan larian mantap selepas pulih daripada kecederaan patah kaki untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.
Bagaimanapun, perlumbaan waktu malam itu menjadi milik Schippers, yang menambah koleksi pingat emasnya setelah kali pertama melakukannya di Beijing, dua tahun lalu.