Skip to main content

Tenis

Saya akan bangkit -- Kerber

angelique-kerber-cropped_1um3zs3n92dpd1rdl8bvlqbwui.jpg
Angelique Kerber menegaskan dia akan bangkit daripada kekecewaan dalam grand slam, selepas misi mempertahankan kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) berakhir di pusingan pertama di tangan Naomi Osaka, hari ini.

Osaka -- pemain remaja Jepun -- menghasilkan persembahan penuh inspirasi di New York untuk mengetepikan Kerber 6-3 6-1 dan memastikan pemain senior itu tergelincir daripada kelompok 10 pemain terbaik dunia sebaik kejohanan berakhir.

Kerber menjuarai Terbuka Australia dan Terbuka AS musim lalu termasuk mara ke final Wimbeldon.

Bagaimanapun, tahun 2017 ternyata sukar buat pemain Jerman itu.

Di samping kecundang dalam pusingan pertama di Roland Garros dan Flushing Meadows, dia turut terkandas di pusingan keempat dalam dua kejohanan grand slams.

"Saya masih pemaind dan orang yang sama," kata Kerber dalam sidang media pasca perlawanan susulan kekalahan kepada Osaka.

"Saya tahu saya kuat dan saya akan kembali lebih kuat. Saya tidak akan berputus asa.

"Saya akan cuba melupakan kekalahan lepas dan pandang ke hadapan."

Kerber berkata dia tiba di Flushing Meadows dengan keyakinan meskipun bergelut tahun ini.

"Saya datang ke sini dengan penuh yakin. Latihan saya juga berjalan dengan baik," tambahnya.

"Ini adalah kejohanan kegemaran saya tetapi keputusan tidak seperti dijangkakan. Saya sudah cuba yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video