Skip to main content

Sukan Lain

Sarawak anjur Seminar Sains Sukan untuk cipta ramuan atlet berprestasi

snowdan-lawan-300817.jpg
Sarawak akan menganjurkan serentak Simposium Kejurulatihan dan Pentadbiran Sukan serta Seminar Sains Sukan 2017 yang akan bermula pada 10 hingga 12 Oktober depan.

Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri, Snowdan Lawan, berkata simposium Dan seminar yang bertemakan "Kunci kepada Kecemerlangan Podium dan Prestasi Sukan melalui Penerapan Sains Sukan" itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (KPKKBS) serta beberapa agensi dan persatuan sukan.

"Ia bakal dihadiri lebih 300 peserta dari seluruh negara.

"Ia juga dilangsungkan bersempena penganjuran Sukan Sarawak (Suksar) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Disember depan," ujarnya. 

Kata Snowdan, simposium dan seminar ini kelak diharap akan menjadi landasan untuk kalangan pakar sukan ini berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang mereka kuasai dengan berkata: "Ia amat relevan dalam usaha kami merealisasikan visi dan misi untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan pada masa depan."

Oleh itu katanya,  beliau berharap semua mereka yang terlibat dalam sukan, baik atlet, jurulatih, pentadbir sukan mahupun pengelola sukan di institusi pengajian tinggi menggunakan peluang ini untuk berkolaboratif serta mewujudkan jaringan dengan rakan strategik sukan yang baharu.

"Ini bagi membolehkan mereka membangunkan lagi bakat sukan yang ada dengan resepi teknologi dan teknik yang baharu."

Simposium dan seminar ini akan menampilkan panel seperti Pengerusi Akademik Kejurulatihan Kebangsaan Institut Sukan Negara (ISN), Profesor Dr Tengku Fadillah;  Pengarah Program Podium ISN, Timothy O'brien Newenham; Setiausaha Tetap KPKKBS, Datuk Ik Pahon Joyik; Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan bekas perenang kebangsaan, Die Ung Manggang.

Advertisement

Must Watch Video