Pakar sains sukan Sepanyol, Inigo Mujika, menegaskan sekurang-kurangnya empat pegawai diperlukan dalam sesi latihan atlet kebangsaan, sekali gus meningkatkan cabaran Institut Sukan Negara (ISN) untuk menambah kakitangan.
Cabaran besar ialah buat ISN melaksanakan aspek sains sukan kerana mereka perlu menyediakan pakar pemakanan, psikologi, fisioterapi dan penganalisis video untuk mendapatkan keputusan terbaik.
Soalnya, badan itu berdepan masalah dana, malah sebelum ini terpaksa mengurangkan kakitangannya.
"Dalam aspek sains sukan, ia memerlukan seorang atau dua pakar dalam bidang pemakanan, psikologi, fisioterapi dan penganalisis prestasi.
"Mereka ini adalah barisan biasa untuk pasukan bola sepak dalam liga," kata Mujika.
Beberapa jurulatih negara masih ketinggalan dalam aspek sains sukan, dengan sebilangan daripada mereka masih mengamalkan corak latihan tradisional kerana masih relevan di pentas antarabangsa.
Tindakan itu tidak menyalahi peraturan selagi atlet mereka mencatat kejayaan tetapi keputusan akan lebih baik jika latihan tradisional digabungkan dengan sains sukan.
"Selalunya, kami mempunyai masalah (atlet) dalam jadual sibuk. Kami diberitahu hari ini tentang konsep untuk mendapat tahap yang terbaik," kata jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.