Pasukan sekolah tempatan bakal menerima cabaran baru daripada skuad luar negara untuk merebut trofi NJ Ryan dalam Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s di Kuala Kangsar, 24-26 Februari ini.
Kejohanan edisi ketujuh yang ditaja oleh Telekom Malaysia (TM) itu bakal menyaksikan penampilan sulung SMA Durunnajah, Indonesia sementara pasukan luar lain seperti juara 2015, Sekolah Sukan Hong Kong, Vajiravudh College, Thailand dan Sekolah Antarabangsa Australia yang berpangkalan di Singapura juga bakal berentap.
Bagaimanapun, kejohanan kali ini tidak disertai juara 2014, Scots College dari New Zealand kerana terpaksa menghadapi jadual padat kejohanan.
Juara tiga kali, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), dan juara 2013, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), akan memimpin 20 pasukan sekolah tempatan untuk kejohanan itu.
SSTMI menampilkan aksi bertenaga dalam perlawanan akhir menentang Sekolah Sukan Hong Kong pada tahun lalu, menyaksikan pasukan dari Johor itu menang 28-22.
Ia adalah gelaran ketiga SSTMI selepas merangkul kejuaraan pada tahun 2011 dan 2012.
Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s dianjurkan oleh MCKK bersama Persatuan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).
Presiden MCOBA, Datuk Ahmad Burhanuddin, berkata: "Objektif penganjuran Kejohanan Premier 7s MCKK adalah untuk menggalakkan semula permainan sukan ragbi kepada semua pasukan bertanding dan juga membantu pembangunan sukan negara.”.
"Menganjurkan Kejohanan Premier 7s MCKK sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, serta penaja utama kami, Telekom Malaysia (TM), di atas segala sokongan sejak kejohanan ini dimulakan pada 201."
Pasukan bertanding:
Sekolah Tempatan: SMK Abi (Perlis); SM Sains Pokok Sena (Kedah); Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, SMK King Edward VII (Perak); SM Sains Hulu Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (Selangor); Victoria Institution, SM Sains Selangor (Kuala Lumpur); Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya); Sekolah Datuk Abdul Razak, SMK King George V (Negeri Sembilan); SMK Sri Mersing, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, English College (Johor); Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (Pahang); SM Sains Sultan Mahmud (Terengganu); SMK Sultan Yahya Petra 1 (Kelantan); SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (Sarawak); Sabah College (Sabah).
Sekolah Antarabangsa: Sekolah Antarabangsa Australia (Singapura); Sekolah Sukan Hong Kong; SMA Durunnajah (Indonesia); Vajiravudh College (Thailand).